Tuesday 27 October 2009

DAPAT TAWARAN>>>


PROGRAM LUNAS HARAPAN..
Saya baru dapat tawaran ni daripada X- makwe..Ooooppsss..silap2.. rakan lama laaaa.. mengenai program Lunas Harapan Satu Malaysia ni..
Saya tak tahulah program ni betul-betul dapat melangsaikan hutamg-hutang anda ataupun tidak tapi ini lah maklumat yang telah saya dapat daripada kawan lama sy td..
Nah..baca msj yg dia bg kat saya td..

PROGRAM LUNAS HARAPAN
CARA EFEKTIF LUNASKAN HUTANG PTPTN. INSYAALLAH BOLEH LUNASKAN BERAPA PUN HUTANG ANDA.

Program ini akan diadakan di :

NPL CONSULTANT SB,
4-5 JALAN USJ 9/5T, SUBANG JAYA BUSINESS CENTRE,
47620, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
(DEPAN BALAI POLIS USJ 8)

SETIAP SELASA & RABU JAM 8.30 MALAM.
JUMAAT & SABTU JAM 3.30 PETANG.

So..kepada rakan-rakan yang hutang PTPTN bergunung-gunung 2 try laa dapatkan maklumat sama ada program ni bagus ke tak..

Ok..Selamat berprogram..

Cak..cak..cak....

Hai...Assalamualaikumm.
Apa khabar kawan-kawan sekalian??
Nampaknya ramai pengunjung yang menanti-nanti saya update blog ni..
Minta maaf laaa sebab x sempat nk singgah kat teratak kedua ni..
Maklum laaa lepas blk dari Langkawi tempoh hari kerja bertimbun-timbun...
Kalau nk di ikutkan setinggi gunung everest dh kerja yg menanti ni..
Sepanjang minggu lepas nampaknya ramai jugak kenalan yang singgah ke teratak saya ni..
Terima kasih diucapkan..

Wednesday 14 October 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway

[duitrygiveaway.jpg]

Salam..terkejut saya bila fisrt time buka blog mamaTisya..Tetiba jer dia offer nak bg duit kpd org yg sudi join contest ni..Sy pon apa lg..Terus laaa dengan secepat kilat dan sepantas halilintar trus ikut langkah-langkah seperti yang diarahkan.mana lah tahu..Tuah ayam nampak dikaki.tuah manusia siapa yang nampak..kan?? kan?? kan???

syarat-syarat sgt senang & mudah :

  1. Terbuka kepada smua blogger
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
  8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti

Kepada sesapa yang nk join 2 dengan berbesar hati dipersilakan lah...

Monday 12 October 2009

Salam Pertemuan

Salam sejahtera.Salam perkenalan dan rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri.Apa khabar?? Harap tuan puan,adik,abang dan kakak semua berada dalam keadaan sihat walafiat.Ceh macam tulis surat rasmi masa kat sekolah rendah laa pulak dlu.haha.

Jangan terkejut pulak jika anda salah seorang yg terjengah ke blog saya ni.Selama ni kalau cari2 xde pulak jmpa blog ni kan.Dengan segala hormat dan sopan santunnya saya mengumumkan hari ini Isnin 12 Okt 2009 adalah perasmian pertama artikel saya dalam dunia bloggers.Untuk posting yang pertama saya xde nak tulis ape2.Cuma saya nak ceriterkan macam mana saya boleh terpkir utk menghasilkan blog peribadi ini.

Untuk pengetahuan anda semua blog www.permatamutiaraku.blogspot.com ini adalah hak milik Akmal Bin A.Karim.Blog ini adalah blog peribadi saya dan ianya sama sekali tiada kena mengena dengan mana2 pihak samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dnia.Buat adik2 yg ingin mengambi peperiksaan UPSR,PMR,SPM, ataupun STPM blog ini tidak boleh dijadikan Kamus Dewan atau tempat rujukan bahasa anda.Hal ini adalah kerana blog ini menggunakan bahasa pasar dan bahasa rojak yg mana ia tidak sesuai digunakan dalam peperiksaan.Sekian ingatan dari cikgu..Ceeewaahh..Ok saya dah nk mula criter kat anda semua bagaimana blog ini boleh wujud.Minat atau tidak untuk anda mengetahuinya saya tak peduli.Anda semua kene baca jugak. Jeng..Jeng..Jeng... Selamat membaca.

Saya ni baru balik dari Pulau Langkawi.Pergi Jalan2 cari makan.Saya ke Pulau Langkawi menaiki van.Dari Kuala Perlis pulak saya menaiki bot.Perjalanan menaiki bot mengambil masa selama hampir setengah jom.Ala naik bot ni xde pe yg best.Cuma rasa teruja je laa dpt jln atas air.Dalam perjalalan blk dari pukau langkawi ni saya terpikir utk menghasilkan blog peribadi bagi mengisi masa lapang dan berkongsi idea criter dan pengalaman bersama anda semua.Hasil dari idea ini maka terhasillah blog ini.

Ok.rasanya cukup sampai disini sahaja sebagai Salam Perkenalan kita.Jangan lupa utk menjengah blog sy ni lg..

Bye..bye..Jumpa lagi..

Friday 9 October 2009

SALAM PERKENALAN...




BLOG INI DALAM PEMBIKINAN..HARAP MAKLUM..




TUNGGU KEMUNCULANNYA!!!!!!