Monday 25 January 2010

Minggu Yang sibuk.

Hari ini hari Isnin akubegitu sibuk sekali.Bukan apa terpaksa berkejar kesana dan kemari untuk buat persiapan terakhir majlis meraikan pelajar2 cemerlang UPSR 2009.Alhamdulilah surat jemputan kepada para pelajar yang terlibat telah siap dihantar.Surat jemputan kepada VIP pun telah dihantar.Tinggal tak sampai seminggu lagi program ini akan berlangsung.Tadi pon plak utk pelajar telah siap.Sijil2 penghargaan pun dah siap.Makanan pun dah order.Makanan VIP??...Huhuhu.Tak settle lagi.Besok baru dapat bincang dengan pihak Catering.Errrmmm.
Plak penghargaan untuk para pelajar.
Plak penghargaan untuk VIP.Yang paling tepi skali 2 untuk VVIP.2 pasal laa besar sikit.

Apa lagi tak siapyerk???..Rasanya 80% persiapan dah siap kot.Eeerrmm ada lagi yang tak siap..apa yerk???
1. Rambut aku tak gunting lagi.
2.Baju untuk majlis tersebut pon tak beli lagi.
3.Kasut pon tak beli lagi.
4.Stokin pun nak beli baru jugak laa..hihi.

Huh nampaknya persiapan untuk majlis dah 80% siap.Cuma persiapan untuk diri aku jer yang tak siap lagi..Kan best kalau ada orang tersayang yang boleh gunting rambut aku dan teman aku pergi shopping beli baju n kasut 2..

Huhh..Dah2 jangan dikenang kisah silam2. Satu yang pergi 10 akan datang tau..haha.


Saturday 23 January 2010

ADNAN SEMPIT

Salam.Hari 2 aku ada bg tahu yg aku ada kene tido kat hospital.Jaga adik yang baru menjalani pembedahan.Kesimpulan nya tido dekat rumah lagi best daripada tido kat hospital.Itulah saje yang aku boleh bg tahu..
Lepas jaga adik aku di hospital siang 2 berpeluang laa pergi tgk filem yang digilai oleh pelajar2 aku.Adnan Sempit.aku pun x tahu apa yabg best sangat filem ni.Tapi oleh kerana telah menjadi idola plajar2 zaman sekarang aku terpaksa jugak gagahkan diri tengok criter ni.Nanti boleh laa aku tahu jawapannya kenapa budak2 dan remaja2 sekarang suka sangat digelar mat rempit.
Alhamdulillah.Dalam kesibukan kerja yang tak habis2 hari rabu lepas dapat laa aku meluangkan masa pergi ke Panggung.Time budak sekolah n time orang kerja.So xdelah bratur panjang sangat masa nak beli tiket.Tapi walaupun hari rabu ni time budak sekolah tp aku ada jugak jumpa budak2 sekolah ponteng kat cni.Macam mana aku boleh tahu.Aku tgk baju n seluar diorang.Baju pakai baju t-shirt biasa n seluar dia??? kantoi...Seluar sekolah n kasut sekolah.Alaaarr kepada budak2 skolah diluar sana x payah laa nak kelentong(tipu) aku.Ni semua tektik ni aku dah buat laa dulu..haha.

Berbalik pada cerita Adnan sempit ni pada pendapat aku ia berkisar pada Mat Rempit dan Mat despatch.Aku rasa pengarah cerita ni cuba nak membuktikan bahawa tak semua mat rempit ni jahat.Aku setuju.Tapi masalahnya pasal 2 tiga orang mat rempit yang buat tak senonoh semua nama mat rempit busuk.Kalau orang tua2 kata akibat nila setitik rosak susus sebelanga.Betul x?? Tapi sampai sekarang aku masih terpikir macam mana laa boleh keluar nama mat rempit ni.Aku rasa lebih baik panggil diorangmat sempit ataupun mat semput..hahaha.

Filem arahan terbaru Ahmad Idham ini walaupun dikatakan cuba mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap golongan ‘mat rempit’, tetapi bagi aku ia sama sahaja dengan filem ‘mat rempit’ yang pernah ditayangkan sebelum ini. Golongan ini tetap terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. Masih menggangu ketenteraman awam. Hanya hero filem ini sahaja yang berlainan sedikit. Tetapi, dia masih melepak dan merempit dengan rakan-rakan rempitnya.

Bagaimanapun, filem ini tidak membosankan kerana ia berjaya dihidupkan oleh lakonan beberapa pelakon. Penampilan pertama Shaheizy Sam sebagai hero filem cukup berjaya. Dia memberikan yang terbaik untuk menjadi seorang mat rempit yang selamba dan penuh lucu. Begitu juga dengan lakonan Liana Shamsudin. Lakonannya bagus cuma aku tidak begitu suka dengan intonasi suaranya yang agak terjerit-jerit.
Adnan Sempit mengisahkan percintaan dua insan dari dua dunia berbeza. Adnan, seorang yang tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanyalah seorang ‘mat motor’. Manakala Nadia, seorang wanita berkarier serta berasal dari keluarga kaya. Selain daripada aksi2 lucu filem ni jugak memaparkan aksi2 lasak dan seram.

Kesimpulan yang aku boleh buat janganlah melibatkan diri dalam dunia rempit kerana ia tak memberi banyak faedah pun kepada diri sendiri.Gunakan masa muda anda sebaik mungkin.Ingat!!!Masa yang berlalu tidak akan dapat diulang kembali walaupun dibayar dengan wang tunai.

Tuesday 19 January 2010

Program motivasi pelajar Sk Batu Berendam 2

Salam..hari sabtu lepas sempat laa menghadir satu program motivasi pelajar untuk pelajar2 darjah 6 2010 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.Kesemua pelajar yang hadir adalah 100% pelajar darjah 6 SK Batu Berendam 2 Melaka.Yelahh.Dah tentu laa program anjuran sekolah diorang.

Antara wajah-wajah pelajar lelaki calon2 UPSR Sk Batu Berendam 2 yang tengah bersemangat dengar ceramah motivasi aku.hahaha.ye2 je...ntah2 tgh "blurr" dengar aku merepek sorang2 2..aku pon tak tahu apa yang aku cakapkan 2..hahaha.Ni saper laa duk tangkap gambar aku dari belakang ni.aku sruh budak2 tu tgk skrin tanpa pejam mata sbb aku aku tgh blurr jap..hahaha.ni aku tanya budak2 ni.Saper nak kawin dengan saya.masing2 angkat tangan.Bajet aku hensem laa 2.
Masih angkat tangan.Siap berebut2 lagi.Dah.cukup2.Kamu semua belum tiba masa utk kahwin lagi.Sekarang tugas kamu semua adalah belajar.Aku menenangkan keadaan.
Slot kedua.Bersama En Afiq Abu Bakar.Kawan aku yang lagi power.

Aku harap pelajar2 Sk Batu Berendam 2 mendapat sedikit semangat yang dapat dikongsi bersama.Klu x rugi jer lah sekolah kamu panggil kami dalam program tersebut.Masa habis program 2 sekolah dh nk jemput sekali lagi kami pada bulan 2.Pada masa 2 program untuk ibubapa pulak.Huhhh..apa pulak laa nk cakap pada parent2 yang of course nye lebih berpengalaman dari aku.xpe nanti aku cakap laa ape yang aku nak cakap.hahaha.

Ok.petang ni aku nak kene pergi hospital.malam ni aku kene tido kat hospital.Jaga adikku Ahmad Aizat yang baru lepas buat pembedahan.

Nanti aku bagi tau pengalaman aku tido kat hospital.Best ke tak..hak...hak...

Monday 18 January 2010

LELAKI TERPENDEK vs LELAKI TERTINGGI


Besarnya ciptaan Allah..
.Subhanallah.
Lelaki terpendek di dunia bergambar bersama lelaki tertinggi di dunia...

Sunday 17 January 2010

SAMBUTAN HARI JADI..,

Selamat hari jadipada Muhammad Syahir aimi.Pelajar sekolah kebangsaan Batu Gajah Melaka.Minggu lepas sempat join majlis hari jadi syahir aimi sebab mak dia jemput beria-ia.Walaupun sibuk tetap meluangkan masa utk ke majlis tersebut.

Sempat laa beli hadiah untuk birthday boy..Apa 2 yerk...Rahsiaaa...hihi.

Kek hari jadi.Kek coklat.Sedapnyeerrr.

Budak baju hijau 2 tengah cover macho..Yang baju hitam belang2 merah 2 laa birthday boy.Yang baju biru belang2 sekadar pengapit shj.

Sebelum majlis.macam2 adaSemasa majlis.Makan jangan tak makan.Hasilnya.....Selepas majlis.hahaha.Habis licin semuanya.
Game rebut kerusi turut diadakan..Ala permainann ni yang pkai muzik 2 laa.Lepas muzik berhenti semua yang ada kene rebut kerusi 2.Saper tak dapat kerusi kene lah keluar.Hahaha.Best game niBergambar kenangan selepas tamat majlis hari jadi ni.Haa lepas ni masukkelas masing2 jangan malas tau..saper malas2 cikgu rotan.

Ok.Kepada pembaca2 dan peminat2 (perasan jer) diluar sana saper yang ada buat majlis hari jadi ke,majlis perkahwinan ke,majlis pertunangan ke atau pun segala macam majlis yang melibatkan makan2 (Ahh ko makan je..gemuknya tidak..hahaha) jemput laa saya.InsyaAllah tanpa berfikir panjang kali saya akan datang.

Saturday 9 January 2010

TAHUN BARU MAKIN MENGANJAK WAKTU @ makan-makan tahun baru

Pejam celik...pejam celik...Sedar tak sedar hari ini telah 09/01/2010.Telah seminggu masa berlalu dari tarikh kita menyambut tahun baru masihi .Dalam kalendar islam pulak telah 23 hari lepas kita sambut tahun baru muharram.Hari ini 23 Muharram 1431 Hijrah.Hari ni sempat buat skit jamuan bersama keluarga tercinta.maaf tak sempat nak jemput anda semua..hahaha.

Ini lerr serba sedikit makanan yang dapat dihidangkan.Selamat menjamu selera.
AYAM GORENG PIZZA HUT..KENTANG GORENG,NUGGET DAN KUIH PAU..AIS KRIM PON ADA.PERISA JAGUNG DAN MAT KOOLAIS KRIM DAN MINUMAN NUTRIGEN.PENDEK KATA MACAM2 ADA.hahaha.Jemput makan.Macam kenal je budak baju oren 2..hihi.2 Orang abg ku.Macam 20 tahun x pernah jmpa makanan.hahaha.

ok.saya sedar lepas makan ni banyak lagi program n aktiviti yang perlu dibuat.Oleh kerana pelajar2 sekolah dah start belajar lepas ni saya akan criterkan pasal program2 akademik pulak.Pada anak-anak murid cikgu tunggu cikgu update gambar2 anda semua masa program cuti sekolah yang lepas.

Tuesday 5 January 2010

PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM 2

Salam..Maaf hari 2 tak sempat nak bercerita habis pasal program anak yatim.Hari ini saya nak sambung pasal program bersama anak yatim yang diadakan di Paya Dalam.Program kali ini dianjurkan oleh beberapa individu2 prihatin seperti saudari mastura.saidara fauzi,saudara sofi (sekadar menyebut beberapa nama).
Seramai 20 orang anak yatim berjaya dikumpulkan pada majlis ini.
Seperti biasa majlis mengusap kepala anak yatim turut diadakan.
Antara sumbangan yang diterima.Dalam sampul 2 mesti ada RM...RM...RM...hihi.
Sumbangan baju sekolah dan seluar sekolah turut diberi.
Peralatan alat tulis pun dapat.
Makan kek pon dapat..macam2 dapat.Memang berbaloi-baloi.
Bekas ahli kumpulan muzik BPR yang popular diera 80an turut hadir memberi sokongan
Jamuan.Ketupat pon ada.Macam hari Raya pulakPelbagai kuih muih ada.
Alhamdulillah.Semoga program2 bersama anak-anak yatim ini akan berterusan dan diadakan dari masa ke semasa. Sesugguhnya anak2 yatim ini tidak dapat merasai kasih sayang seorang bapa.Kitalah yang diharap2kan dapat membahagiakan dan mewarnai kecerian dalam kehidupan mereka.

Friday 1 January 2010

ANAK- ANAK YATIM TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

Alhamdulillah sempena 10 Muharam tempoh hari saya berkesempatan menghadiri majlis bantuan kepada anak-anak yatim di 2 tempat.Satu pada malam 10 muharam dan satu majlis lagi diadakan pada siang 10 muharam.Saya pun sempat membawa sebahagian anak-anak yatim ke majlis ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada dermawan2 yang telah menyumbang kepada anak-anak yatim ini.Antara sumbangan-sumbangan yang telah diberikan ialah beg sekolah,alat tulis, baju sekolah dan sedikit wang tunai.Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian..

Sebahagian daripada wajah anak-anak yatim.
Mohd Adam Aiman(10 tahun).Antara anak yatim yang saya dapat masukkan dalam senarai penerima sumbangan.Harap adik Adam gunakan segala bantuan yang diperolehi sebaik2nya.Sempat lagi Cover macho bila saya ambil gambarnya.

Ni sederet ni semua anak-anak yatim dari kawasan saya.Sabar menunggu sumbangan.
Ni saya tak tau anak yatim dari kawasan mana.Saya tengok budak ni baik je dan yang penting..Comel.Terus laa snap gambar dia dua orang.
Keseluruhan 250 orang anak-anak yatim yang mendapat bantuan.Alhamdulillah.Murah rezeki mereka.

Pada program ini juga telah diadakan majlis doa selamat dan zikir munajat bersama pelajar2 tahfiz yang terpilih.Semoga pelajar2 tahfiz ini akan dapat membimbing sahabat2 dan rakan2 diluar sana yang telah jauh pegangan agamanya.InsyaAllah.

Bersih dan bercahaya wajah-wajah mereka.Di bahu mereka diletakkan amanah untuk mereka menerangi bumi ini dengan ilmu2 yang mereka perolehi.

Pelajar tahfiz sedang khusyuk berzikir
Selepas berzikir satu ceramah agama ringkas diadakan.Ringkas2 pun ada laa 1 jam 15 minit rasanya.Kagum saya lihat kesungguhan pelajar tahfiz ini.Hadirin sedang khusyuk mendengar syarahan yang disampaikanBanyak input yang diperkatakan oleh penceramah.Antara yang diperkatakan adalah kelebihan2 memelihara anak2 yatim.

Kelebihan dan manfaat memelihara anak yatim

1. Menjadi teman Rasulullah SAW di syurga

2. Dihindarkan dari musibah

3. Menjadikan rezeki berkat dan bertambah

4. Diberikan jalan keluar dari permasalahannya

5. Dimudahkan urusan-urusannya

6. Menimbulkan sifat lemah lembut dan kasih sayang

7. Sebagai jalan menuju husnul khatimah

Selepas majlis zikir munajat dan syarahan agama tibalah majlis kemuncak pada malam tersebut.Majlis kemuncak adalah penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan mengusap kepala anak2 yatim.

Seorang ibu sedang memberi kata-kata semangat kepada seorang anak yatim

Besar pahala apabila mengusap kepala anak yatimOrang ramai mengambil kesempatan mengusap kepala anak yatim sambil memberi sumbangan.

Semoga anak2 ini akan mengerti erti kehidupan suatu hari nanti

Alhamdulillah.Ramai dermawan2 yang sudi memberi sumbangan kepada anak2 yatim ini.

Diharap dengan adanya sumbangan2 seperti ini akan menaikkan motivasi anak2 yatim ini untuk belajar lebih yakin dan bersugguh2.Sesugguhnya kami semua menyanyagi kalin semua.kaliaan lah harapan kepada kepimpinan masa depan.Hahhh..Sebenarnya inilah majlis kemuncak yang sebenarnya...Jamuan makan..hahaha.Sori bergurau jer..

Masa jamuan makan ni saya x sempat nak ambil gambar sebab perut dah lapar n saya makan dengan gelojohnya tp masih baca doa sebelum makan tau...ini jer gmbar yang saya sempat snaap.

Time makan semua gembira.x kira kecil atau besar,tua atau muda..hihi.betulkan.


Diorang ni makan depan saya.tuu pasal gambar diorang jer yang ada.Malas nk pandang kiri kanan.Baik saya terus habiskan nasi n lauk2 kat depan mata ni.hihi.janagn marah.Cikgu makan betul2.kunyah makanan perlahan2.Anak murid ini mengajar cikgunya..hahaha.
2 laa sape sruh makan dgn gelojoh depan budak2.Kan dh kene.

Selesai je acara makan maka berakhirlah program.Terasa penat tapi rasanya memang BERBALOI-BALOI dapat join program ni.
Sebelum balik sempat gak snaap gambar anak2 yatim kawasan saya bersama ibu2nya.

Mula2 saya kata tak perlulah saya untuk bergambar dengan mereka.Sayakan pemalu.DIULANGI LAGI SEKALI SAYA NI PEMALU orangnya.hahhaa.Tetapi apabila mendapat desakan yang kuat hingga merayu2 anak2 yatim untuk bergambar bersama maka saya mengambil keputusan bergambar dengan mereka untuk tidak mengecewakan meraka.

Inilah hasilnya bila saya turut bergambar dengan mereka.keputusannya sayalah org yang paling hensem dalam gambar ni..hahaha.2 yang malas saya nak bergambar.Mana gmbar saya??? Laaa buat2 tanya plak.Belah kiri yang paling tepi 2 lah. Yang pakai baju merah2 hitam 2...Klu x nampak lagi.2 haa Lelaki hensem sebelah budah pkai baju Melayu biru 2..paling tepi.. Kalau x nampak jugak x tau laa.xkan laa x bleh cari jajaka paling hensem 2.Budak 2 tahun pun dapat cari tau. Laaaa..Laa..Laaa.