Tuesday 5 January 2010

PROGRAM BERSAMA ANAK YATIM 2

Salam..Maaf hari 2 tak sempat nak bercerita habis pasal program anak yatim.Hari ini saya nak sambung pasal program bersama anak yatim yang diadakan di Paya Dalam.Program kali ini dianjurkan oleh beberapa individu2 prihatin seperti saudari mastura.saidara fauzi,saudara sofi (sekadar menyebut beberapa nama).
Seramai 20 orang anak yatim berjaya dikumpulkan pada majlis ini.
Seperti biasa majlis mengusap kepala anak yatim turut diadakan.
Antara sumbangan yang diterima.Dalam sampul 2 mesti ada RM...RM...RM...hihi.
Sumbangan baju sekolah dan seluar sekolah turut diberi.
Peralatan alat tulis pun dapat.
Makan kek pon dapat..macam2 dapat.Memang berbaloi-baloi.
Bekas ahli kumpulan muzik BPR yang popular diera 80an turut hadir memberi sokongan
Jamuan.Ketupat pon ada.Macam hari Raya pulakPelbagai kuih muih ada.
Alhamdulillah.Semoga program2 bersama anak-anak yatim ini akan berterusan dan diadakan dari masa ke semasa. Sesugguhnya anak2 yatim ini tidak dapat merasai kasih sayang seorang bapa.Kitalah yang diharap2kan dapat membahagiakan dan mewarnai kecerian dalam kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment