Thursday 18 February 2010

Lama tidak menjenguk ke sini @ Edisi karangan pelajar

Salam rakan-rakan.Nampaknya dah lama rasanya permata mutiara tidak masuk kerumah ini.Al maklumlah busy yang amat sngat.Mengalahkan Perdana Menteri dan wakil rakyat.Kat sini marilah kita sama-sama baca karangan para pelajar yang aku dapat dari e mail kawan aku.Kalau nak gelak jangan gelak sampai berguling-guling tau.

CERITA MURID 1:
CERITA MURID 2:
CERITA MURID 3:
CERITA MURID 4:
Haaa..Apsal terguling-guling pulak 2.Kalau ada hadiah pelajar paling bagus.Agak2 pelajar mana yang dapat nombor 1 yerk...hahaha.

Wednesday 3 February 2010

Tiger Woods rugi AS$ 1 Juta sehari

Makluman terkini mengenai kebimbangan mengenai kesan kewangan atlit sukan nombor satu dunia itu turut meningkat.
pix_middle
pix_topright

Woods sudah kehilangan kira-kira AS$1 juta (RM3.42 juta) sehari sejak dia keluar dari rumahnya di Florida dan melanggar pili bomba dengan kereta Cadillac Escalade, kemalangan yang mencetus dakwaan daripada ramai wanita muda yang menyatakan mereka mempunyai hubungan sulit dengannya.


Dalam tempoh 63 hari sejak skandal itu terbongkar dan pemain berusia 34 tahun bapa kepada dua anak itu menghilangkan diri daripada khalayak umum sebelum mengumumkan dia bersara sementara daripada kancah golf profesional, kerugian peribadi yang ditanggungnya sudah mencecah lebih AS$50 juta (RM171 juta).


Reaksi daripada syarikat seperti Gillette, Accenture dan AT&T bahawa imej tercalar atlit itu, yang mendakwa seorang yang amat sayangkan keluarganya tapi membuat hubungan sulit, tidak tepat bagi produk mereka sekali gus menyebabkan berkurangnya potensi pendapatan pemain golf itu.


Ketika dia dikenali sebagai bilionair sukan pertama, kemerosotan asetnya tidak mungkin begitu bermakna buat Woods pada ketika dia bertarung untuk menyelamatkan saki-baki reputasinya, ketika memutuskan apa kursus yang akan diambil sepanjang kehidupannya.


Malah jika dia kekal di Klinik Perkhidmatan Ketagihan dan Kesihatan Pine Grove di bandar Hattiesburg tapi gagal menyelamatkan perkahwinannya dan dia terpaksa membayar pampasan perceraian kira-kira AS$300 juta (RM1.02 bilion) kepada isterinya Elin, masih banyak yang tinggal buat Woods.


Dalam perspektif yang lebih besar, ketiadaannya lebih lama dalam kancah sukan golf, dikatakan 'satu bencana besar buat industri sukan itu'. Satu laporan daripada Universiti California baru-baru ini meramalkan kejatuhan syarikat yang pernah menaja Woods sebelum ini, berikutan kejatuhan harga saham, mungkin sebanyak AS$12 bilion (RM41 bilion).


Kini industri golf bimbang keuntungan pada 2010 mungkin berkurangan sebanyak STG200 juta (RM1.08 bilion).


Lantas lelaki yang membantu perkembangan pesat sukan itu, menyebabkan kenaikan hadiah wang buat pemain, rating TV yang lebih tinggi dan peningkatan jualan kelengkapan sukan itu, digesa supaya menyelesaikan masalah peribadinya secepat mungkin, menamatkan program pemulihannya dan tampil sebagai penyelamat.


"Kami tidak sabar untuk melihat Tiger kembali," kata Sergio Garcia, pemain Sepanyol yang menikmati banyak pertarungan di lapangan golf bersama pemain nombor satu itu.


"Ia satu situasi sukar buatnya, mungkin paling sukar sepanjang hayatnya. Kami akan lihat bagaimana dia pulih. Dia kuat sebenarnya daripada segi mental, tapi itulah yang mungkin memberi kesan kepadanya.


"Saya tidak pernah menjangkakannya daripada Tiger. Ia satu kejutan besar. Dia kelihatan seorang lelaki yang amat pendiam yang hanya akan bercakap di luar lapangan." Ketika ramai pemimpin menegaskan golf bukan hanya mengenai Woods, yang lainnya menerima hakikat mereka bergelut tanpanya.


Simon Millington, ketua eksekutif Forgan of St Andrews, syarikat berusia 150 tahun yang mendakwa pengeluar kayu golf tertua di dunia, tidak sabar menanti kepulangan Woods.


"Setiap orang dalam sukan golf terperanjat dengan skandal itu, tapi ini adalah masanya untuk tidak menumpukan kepada apa yang sudah dia lakukan dan melihat kepada perspektif yang lebih besar. Golf sebuah sukan yang miskin tanpanya dan tidak akan ditonton tanpanya. Kita sudah saksikan penonton TV berkurangan 50 peratus ketika dia tidak bermain kerana kecederaan lutut sebelum ini."


FAKTA

Syarikat yang meninggalkan Tiger Woods

Gatorade .................................................. rugi AS$10 juta
Gillette .................................................. rugi AS$10 juta
Accenture ................................................. rugi AS$9 juta
AT&T ...................................................... rugi AS$5-AS$10 juta
General Motors ............................................ rugi AS$500,000

Gatorade menamatkan minuman berjenama, Gatorade Tiger Focus, dan majalah Golf Digest berhenti daripada menyiarkan artikel bersiri. Tag Heuer dan Gillette berkata mereka mengehadkan publisiti membabitkan Woods

Kerugian utama lain

Bayaran penampilan ........................................ AS$18 juta (setahun)
Hadiah kemenangan ......................................... AS$7 juta (setahun)

Tapi masih ada beberapa syarikat yang setia

Nike ...................................................... AS$40 juta setahun
EA Sports ................................................. AS$20 juta setahun
*termasuk Netjets, TLC Laser Eye Centers, Dubai