Monday 28 December 2009

SALAM TAKZIAH....

Salam takziah diucapkan kepada Cikgu Abu Zahar (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu) setelah kembali isterinya yang tersayang menghadap Ilahi pada pagi tadi akibat penyakit kencing manis.Alhamdulillah dalam sibuk2 sempat jugak saya pergi menziarahi dan menyertai solat jenazah.Kepada Cikgu Abu Zahar.Takziah dan harap bersabar dengan ujian Allah.Sesungguhnya dari tanah kita dijadikan dan kepada tanah kita dikembalikan.Al Fatihah.

Tuesday 22 December 2009

BERCUTI DI LANGKAWI....


Salam...Masa cuti sekolah ni dalam dok sibuk2 menganjurkan program motivasi utk para pelajar sempat laa saya pergi bercuti...

Sebagai menyahut seruan kerajaan dalam kempen cuti2 Malaysia aku mengambil keputusan utk bercuti di dalam Malaysia.Lagipun nanti klu bercuti diluar negara takut terkena H1N1 pulak...hihi.
Tempat yang aku bercuti pada kali ini adalah ke Langkawi... Untuk pengetahuan anak2 murid cikgu dan bapak2 murid dan mak3 murid ini adalah kali ke empat rasanya saya pergi Langkawi sejak sekolah rendah.Sehinggakan pakcik yang bawa feri 2 pon saya dh kenal muka dia.Cuma dia je x knal muka saya.

Ini adalah slah satu tempat yang saya sempat pergi..Ntah apa nama pantai ni saya pon tak ingat..yang saya ingat tempat ni memang cantik dan nyaman.

Mula2 pkir x nak mandi sbb x bawa seluar spare..hahhaa. Tapi bila tgk budak2 kat cna mandi mcm x ingat dunia ...aku pon g kedai yg ada jual seluar mandi aku pon ambil laa satu..Harga seluar biru yang ala2 Hawaii 2 aku beli RM15 kat situ..Hampeeeh..Rabak duit aku RM15..

Huhhh..memang syok mandi kat cni..Airnya tenang dan yang paling penting bersih..Kalau kat Melaka jgn harap laa nk jmpa Pantai Klebang atau Tanjung Bidara airnya bersih mcm kat cni..Maaf org Melaka.Hihi.


Melancong2 jugak..Solat jangan Lupa..Ni gambar kat depan masjid Kat kawasan Air Hangat Langkawi.Dekat dgn kawasan aku menginap sepanjang berada di Langkawi ni..

Ni muka tengah bluurr...macam x percaya je dah nak balik..Hahaha..

Ok.Orang Langkawi jmpa lagi di lain waktu.Kepada sape2 yang nak g Langkawi 2 ajak laaa saya yerkk.Walaupon dah 4 kali g Langkawi saya tetap x puas.Rasa2nya macam nak duduk kat Langkawi je..Woiii...woiii...abis 2 kerja yang melambak2 kat pejabat ni sape nak buat..Jerkah kawan sepejabat saya...hahahha..

Friday 18 December 2009

TAHNIAH..Gembira Dalam Sedih..


Walaupun sudah hampir 24 jam masa berlalu.Namun rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Tahniah kepada pemain2 bolasepak negara kerana berjaya menamatkan penantian 20 tahun untuk mendapatkan pingat emas Bola sepak sukan Sea.

Saya tak boleh komen lebih2 pasal game smalam sebab utk pengetahuan semua saya hanya sempat menonton game separuh masa pertama sahaja.Itupun bola banyak dikuasai oleh pemain Vietnam..Habis je separuh masa pertama yang berkesudahan dengan 0-0 saya terus tutup TV......

Agak2nya kemana saya pergi semasa game kedua berlangsung...

Haaaaaaaa...Jeng..jeng..jeng..

Haaa...kesini lah saya pergi...

Saya yakin..dek kerana terlalu mengejarkan kejayaan & duniawi..Pasti berpuluh2,malah beratus2 dan lebih dasyat lagi beribu2 orang dan penyokong2 bola sepak Malaysia yang beragama Islam lalai dan alpa mengenai hari kebesaran dalam Islam smalam..iaitu 1 Muharam..

Sepatutnya smalam menjelang waktu magrib kita sebagai org islam berdoa iaitu doa akhir tahun dimohonkan agar dosa2 kita pada tahun lepas diampunkan dan selepas magrib kita membaca pula doa awal tahun..Semoga pada tahun ini akan penuh dengan kejayaan dan keberkatan..

Itulah...Gembira Dalam Sedih...
GEMBIRA KERANA MALAYSIA DAPAT EMAS BOLA SEPAK SUKAN SEA...
SEDIH KERANA RAMAI PENYOKONG2 DAN ORANG ISLAM TIDAK PEKA KEPADA TUNTUTAN2 DALAM ISLAM IAITU BERDOA AKHIR DAN AWAL TAHUN.


Janganlah jadi seperti yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran....

Monday 14 December 2009

TAHNIAH...MALAYSIA LAYAK KE FINAL...



MALAYSIA 3 vs LAOS 1
Malam ni tak semena-mena dan tanpa di duga aku telah mampu mengadap TV selama hampir 90 minit lebih.Ia tak lain dan tak bukan kerana penangan siaran langsung bola sepak peringkat separuh akhir sukan sea di Laos.Walaupun aku tak puas hati tengok team Malaysia main tp aku nak ucapkan Tahniah kpd semua pemain2 krn telah mampu mengalahkan Laos yg mendapat sokongan padu penyokong2nya.Kat sin i juga aku nk ucapkan TAHNIAH kpd penyokong-penyokong Laos diatas semangat kesukanan yang tinggi yang aku dapat lihat sepanjang 90 minit masa permainan td.

Sepanjang 90 minit masa permainan td xde pulak aku tgk letupan mercun ataupun balingan bunga api ke padang..
Balingan botol2 dan bekas2 minuman pun tidak kelihatan.Lagi stu walaupun kalah aku tak de jugak melihat Bendera2 negera Laos dibakar oleh penyokong Laos sendiri...
Mungkin penyokong2 Malaysia dan FAM kene belajar daripad Laos cara2 mendisiplinkan diri cara penyokong bola sepak negara kita.

Pe2 pon Tahniah sekali lagi kepada Team Malaysia...
Malaysia Boleh..Bravo...Bravo...

Saturday 12 December 2009

TERINGAT KAWAN LAMA..



Salam..sambil duduk2 melayari internet tetiba jer saya teringatkan kawan lama. Dh lama tak jmpa dia..
Last jmpa masa raya aidilfitri yang lepas..
klu x percaya tgk laa buktinya...hihi


Sedappppnyerrr makann..

Minum air...

Friday 11 December 2009

Sukan Sea: Daniel Bego catat rekod baru




VIENTIANE: Perenang negara Daniel Bego memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara 200m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa 50.16 saat di Kolam Renang Kompleks Sukan Nasional, Vientiane, Laos, hari ini

Sukan Sea...RENANG CEMERLANG RAIH EMAS...

Kolam renang ceria dengan tiga emas buat negara



KOMPLEKS Kolam Renang Sukan Nasional di Vientiane, Laos, hari ini menjadi lubuk emas buat skuad negara apabila meraih tiga emas, sebentar tadi.

Bermula Daniel Bego yang meraih emas pertama peribadi, memecahkan rekod Sukan Sea dan rekod kebangsaan dalam acara 200m gaya bebas lelaki selepas mencatat 50.16 saat.

Kemudian, giliran perenang wanita, Siow Yi Ting yang turut memecahkan rekod Sukan Sea dan kebangsaan menerusi acara 100m kuak dada wanita dengan catatan 1:09.82s.

Beberapa minit selepas itu, ratu renang jarak jauh, Koo Cai Lin menyumbang emas dalam acara 400m gaya bebas dan dia turut mencatat rekod baru kebangsaan

SUKAN SEA LAOS

Salam...Hari ini saya mahu berkongsi sedikit cerita mengenai sukan sea yang sedang berlangsung di Laos.Malaysia ada menyertai beberapa pertandingan.Di harap semua atlet yang bertanding dapat membawa balik kejayaan yang gemilang.

Tahniah !!!!!! Malaysia Bolehh...

SALAM....

Tahniah diucapkan kpd skuad bola sepak negara kerana berjaya melangkah ke separuh akhir bola sepak lelaki dalam sukan Sea Laos ini..Semoga dapat melangkah pula ke Final dan seterusnya menjadi johan/juara..Ingatlah kejayaan adalah milik orang yang berusaha.

SKUAD bola sepak lelaki menghidupkan harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa selepas layak ke separuh akhir apabila mengecewakan gergasi Asean, Thailand 2- 1 pada perlawanan Kumpulan A, Sukan Sea Laos, petang ini.

Meskipun ketinggalan selepas Thailand mendahului menerusi jaringan Arthit Sunthorthit pada m-52, anak buah K Rajagobal tetap bersemangat untuk terus memburu gol.

Namun mereka perlu menanti sehingga minit ke-80 untuk menyamakan kedudukan menerusi Nasriq Baharom.

Penyerang muda, Mohd Fakhri Saarani muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia ketika perlawanan memasuki minit kecederaan.Bernama

Tuesday 8 December 2009

MALANG TIDAK BERBAU


Al Fatihah.....

Semalam kita dikejutkan dengan kejadian kereta terjatuh di pasaraya KB Mall Kota Bharu Kelantan. Blog Permatamutiaraku ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan menyanyangi hamba-hambanya.
Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarhamah2 yang telah meninggal dunia.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka.Amin.


Tembok lemah punca kereta terjunam: Polis
Dis 7, 09 12:06pm
Struktur tembok bangunan penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu seorang wanita terjunam ke dalam bangunan itu semalam.

Ketua Polis Kelantan SAC1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku semalam.

"Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat besi di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh," katanya kepada pemberita pada majlis berkhatan beramai-ramai anak warga PDRM Kontinjen Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Pada kejadian pukul 5 petang semalam, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Bharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku apabila pemandu kereta terbabit tidak dapat mengawal kenderaan yang ditolak oleh seorang lelaki bagi menghidupkan enjin.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati tembok penghadang ke bangunan itu dibina dengan bata sahaja, tidak menggunakan konkrit tetulang sebagaimana lazim dilakukan ke atas bangunan-bangunan konkrit.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan denda kerana dikatakan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Beliau juga meminta seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada pemandu kereta itu yang menghilangkan diri tampil membantu polis menyiasat kes terbabit di mana-mana balai polis berdekatan.

"Kita percaya lelaki itu boleh membantu siasatan kerana dia berada bersama-sama bersama pemandu wanita dan adik wanita itu yang selamat," katanya. BERNAMA

Tuesday 1 December 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009.

Tahniah kpd Zulfiqri Bin Baharin kerana mendapat 5A dalam UPSR

Tahniah juga kpd Muhammad Atif dan rakan2...5A UPSR 2009

Keadaan pelajar-pelajar Sk Seri Duyung Melaka ketika mengambil keputusan peperiksaan UPSR 2009


Salam perjuangan..
Apa khabar kawan2 dan anak2 murid cikgu..
harap semua sihat walafiat sahaja..
Rasanya sudah lama tidak dapat menulis di blog ini..
Maklum laaa banyak sgt program yang hendak dikejar....huhu..
Tau x pe..
Kat cni saya nk ucapkan TAHNIAH kepada para pelajar darjah 6 2009 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang.
Yang x cemerlang 2 cuba lagi tahun hadapan..(Ooopppssss UPSR sekali jer seumur hidup dik)
Lihat lah wajah-wajah kegembiraan pelajar-pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR.
InsyaAllah nanti saya post lg gmbar anak2 kita yng dapat keputusan UPSR..