Friday 11 December 2009

Sukan Sea...RENANG CEMERLANG RAIH EMAS...

Kolam renang ceria dengan tiga emas buat negara



KOMPLEKS Kolam Renang Sukan Nasional di Vientiane, Laos, hari ini menjadi lubuk emas buat skuad negara apabila meraih tiga emas, sebentar tadi.

Bermula Daniel Bego yang meraih emas pertama peribadi, memecahkan rekod Sukan Sea dan rekod kebangsaan dalam acara 200m gaya bebas lelaki selepas mencatat 50.16 saat.

Kemudian, giliran perenang wanita, Siow Yi Ting yang turut memecahkan rekod Sukan Sea dan kebangsaan menerusi acara 100m kuak dada wanita dengan catatan 1:09.82s.

Beberapa minit selepas itu, ratu renang jarak jauh, Koo Cai Lin menyumbang emas dalam acara 400m gaya bebas dan dia turut mencatat rekod baru kebangsaan

No comments:

Post a Comment