
Tahniah diucapkan kpd skuad bola sepak negara kerana berjaya melangkah ke separuh akhir bola sepak lelaki dalam sukan Sea Laos ini..Semoga dapat melangkah pula ke Final dan seterusnya menjadi johan/juara..Ingatlah kejayaan adalah milik orang yang berusaha.
SKUAD bola sepak lelaki menghidupkan harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa selepas layak ke separuh akhir apabila mengecewakan gergasi Asean, Thailand 2- 1 pada perlawanan Kumpulan A, Sukan Sea Laos, petang ini.
Meskipun ketinggalan selepas Thailand mendahului menerusi jaringan Arthit Sunthorthit pada m-52, anak buah K Rajagobal tetap bersemangat untuk terus memburu gol.
Namun mereka perlu menanti sehingga minit ke-80 untuk menyamakan kedudukan menerusi Nasriq Baharom.
Penyerang muda, Mohd Fakhri Saarani muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia ketika perlawanan memasuki minit kecederaan.Bernama

No comments:
Post a Comment