
Lepas jaga adik aku di hospital siang 2 berpeluang laa pergi tgk filem yang digilai oleh pelajar2 aku.Adnan Sempit.aku pun x tahu apa yabg best sangat filem ni.Tapi oleh kerana telah menjadi idola plajar2 zaman sekarang aku terpaksa jugak gagahkan diri tengok criter ni.Nanti boleh laa aku tahu jawapannya kenapa budak2 dan remaja2 sekarang suka sangat digelar mat rempit.
Berbalik pada cerita Adnan sempit ni pada pendapat aku ia berkisar pada Mat Rempit dan Mat despatch.Aku rasa pengarah cerita ni cuba nak membuktikan bahawa tak semua mat rempit ni jahat.Aku setuju.Tapi masalahnya pasal 2 tiga orang mat rempit yang buat tak senonoh semua nama mat rempit busuk.Kalau orang tua2 kata akibat nila setitik rosak susus sebelanga.Betul x?? Tapi sampai sekarang aku masih terpikir macam mana laa boleh keluar nama mat rempit ni.Aku rasa lebih baik panggil diorangmat sempit ataupun mat semput..hahaha.
Filem arahan terbaru Ahmad Idham ini walaupun dikatakan cuba mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap golongan ‘mat rempit’, tetapi bagi aku ia sama sahaja dengan filem ‘mat rempit’ yang pernah ditayangkan sebelum ini. Golongan ini tetap terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. Masih menggangu ketenteraman awam. Hanya hero filem ini sahaja yang berlainan sedikit. Tetapi, dia masih melepak dan merempit dengan rakan-rakan rempitnya.
Bagaimanapun, filem ini tidak membosankan kerana ia berjaya dihidupkan oleh lakonan beberapa pelakon. Penampilan pertama Shaheizy Sam sebagai hero filem cukup berjaya. Dia memberikan yang terbaik untuk menjadi seorang mat rempit yang selamba dan penuh lucu. Begitu juga dengan lakonan Liana Shamsudin. Lakonannya bagus cuma aku tidak begitu suka dengan intonasi suaranya yang agak terjerit-jerit.

Kesimpulan yang aku boleh buat janganlah melibatkan diri dalam dunia rempit kerana ia tak memberi banyak faedah pun kepada diri sendiri.Gunakan masa muda anda sebaik mungkin.Ingat!!!Masa yang berlalu tidak akan dapat diulang kembali walaupun dibayar dengan wang tunai.
No comments:
Post a Comment